Tanda-tanda Awal Penyakit Diabetes | Kencing Manis

Siapa di sini yang kebelakangan ini tiba-tiba terasa seperti kerap haus dan perlu minum air dengan banyak? Jika ini berlaku, kemungkinan anda mengidap penyakit diabetes atau kencing manis. Penyakit kencing manis berlaku disebabkan keterlebihan kandungan glukosa dalam darah kita. Senang cakap kandungan gula yang tinggi dalam badan akibat terlalu banyak makan benda-benda manis atau berkanji.

Macam mana nak tahu yang kita ni mengidap kencing manis? Kita boleh lakukan satu ujian yang paling mudah iaitu dengan cara kencing pada tanah, lepas tu cuba perhatikan samada semut hurung air kencing kita tu atau tidak. Kalau semut datang, faham-faham sendiri la ye :)

Sekarang kita lihat pula simptom-simptom atau tanda-tanda yang seseorang itu dihidapi penyakit kencing manis-

Keletihan yang luar biasa
Pengidap akan merasakan tubuhnya lemah walaupun tidak melakukan aktifiti yang terlalu berat. Jadi, bila anda selalu merasa letih dan mengantuk meskipun sebelumnya anda tidak begitu, ada baiknya anda segera menemui doktor.

Penurunan berat badan secara mendadak
Jika anda memakan makanan yang berlebihan maka tubuh anda akan semakin gemuk. Kelebihan lemak dalam tubuh akan menyebabkan resistensi tubuh terhadap insulin meningkat. Pada orang yang telah menderita diabetes, walaupun ia makan makanan secara berlebihan tubuhnya tidak menjadi gemuk, malah semakin kurus pula. Ini disebabkan otot tidak mendapatkan cukup tenaga untuk tumbuh.

Gangguan penglihatan
Kadar gula yang tinggi dalam darah akan menarik cairan dalam sel keluar, hal ini akan menyebabkan sel menjadi keriput. Keadaan ini juga terjadi pada lensa mata, sehingga lensa menjadi rosak dan pengidap akan mengalami gangguan penglihatan. Gangguan penglihatan ini akan pulih sedikit apabila pengidap berjaya tangani masalah kencing manis dengan baik. Jika tidak, gangguan penglihatan akan bertambah buruk dan mungkin hingga ke tahap buta.

Luka Lambat Sembuh
Pesakit kencing manis akan menghadapi masalah luka yang lambat sembuh. Keadaan ini terjadi kerana kuman tumbuh subur akibat dari tingginya kadar gula dalam darah.

Lain-lain simptom atau tanda-

– Sering kencing. Biasanya sering terbangun malam hari untuk kencing.
– Gatal – gatal berlebihan. Biasanya gatal ini terjadi pada sekitar alat kelamin.
– Mudah lapar dan haus pada keadaan yang luar biasa
– Sering kesemutan baik pada kaki atau bagian lain
– Nafsu seks menurun
– Mudah mengantuk. Terjadi kerana badan mengalami keletihan yang luar biasa.
– Untuk ibu yang sedang mengandung bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan lebih dari 4kg.

Boleh ke pengidap penyakit diabetes pulih dari penyakit ini?

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

– Penjagaan pemakanan dan berat badan
– Kerap bersenam
– Pengubatan
– Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :

– Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
– Jenis rawatan yang diterima?
– Dimana hendak mendapat ubat?

Sumber rujukan: Blog Shirath & Wikipedia

Incoming search terms:

  • simptom diabetes (70)
  • semut hurung air kencing (49)
  • tanda-tanda mengidap kencing manis (39)
  • kerap haus (34)
  • tanda tanda mengidap kencing manis (31)
  • simptom kencing manis (28)
  • simpton kencing manis (26)
  • tanda tanda kencing manis (21)
  • tanda mengidap kencing manis (21)
  • kurus kerana kencing manis (17)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins