Khairul Fahmi Putus Tunang | Apek Putus Tunang dengan Elia

Terus-terang Belalang cakap yang sepanjang Belalang mengikuti perkembangan bola sepak tanah air, Belalang tak tahu pun yang wujudnya kemelut diantara penjaga gol negara Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan apek bersama tunangnya Elia yang juga pemilik blog Jejari Runcing.

Bila baca tajuk akhbar hari ini yang mereka putus tunang, barulah Belalang tahu cerita-cerita yang timbul sebelum ini hingga membawakan kepada keputusan dari keluarga Apek untuk memutuskan tali pertunangan mereka. Nama saja ‘perisik’, tapi lambat kutip cerita… Hahaha…

Cerita mengenai Apek putus tunang dan kemelut yang melanda mereka berdua, ada dimuatkan dalam akhbar Metro Ahad. Jadi kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa yang berlaku dan juga penjelasan dari Apek sendiri mengenai kemelut hubungan mereka, sila ke laman web rasmi Harian Metro ya. Ini antara sedikit petikan yang Belalang ambil dari situ-

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Baca sampai habis di sini.

Mungkin ada hikmah dengan apa yang berlaku ini. Cuba cari kebaikan atas apa yang berlaku daripada mencari kesalahan dan menyalahkan satu sama lain. Belalang doakan semoga Apek dan Elia tabah dalam menempuhi ujian begini.

Dan untuk Apek pula, anda tu dah tahap selebriti dah. Apa benda Apek buat semua peminat akan ambil tahu. Jadi untuk masa-masa akan datang diharap Apek akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan atau keputusan. Bimbang kemudian hari jadi cemuhan pula kepada anda, terus hilang fokus nak save bola. Jangan tau! ;)

Kredit untuk semua gambar kepada – terbelog

Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins