Bayi Meninggal Tersedak Susu

Kebelakangan ni seperti kerap sangat pula terdengar kamatian melibatkan bayi akibat tersedak susu. Rasanya dah beberapa kes seperti ini telaj dilaporkan pada tahun ini. sebahagian besarnya terjadi di pusat-pusat jagaan kanak-kanak.

Terbaru seorang bayi lelaki berusia empat tahun di Johor Bharu mati tersedak susu di pusat jagaan kanak-kanak. Di bawah adalah berita asal yang Belalang ambil dari akhbar Utusan-

 Seorang bayi lelaki yang baru berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak ketika minum susu di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini hari ini.

Bayi itu disahkan meninggal dunia pukul 9.55 pagi ini di sebuah klinik berdekatan di mana dia dihantar untuk mendapatkan bantuan.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat

Diharap semua pusat asuhan atau pusat jagaan kanak-kanak lebih serius dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Kasihan kepada ibu bapa yang memberikan kepercayaan kepada anda untuk menjaga anak-anak mereka ketika mereka sibuk mencari rezeki.

Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins