Kenduri Menu Roti Canai?

Gambar Carian Google

Agak sibuk Belalang dalam dua tiga hari ni sampaikan nak ngadap blog lama-lama pun tak boleh. Haish… Kelmarin tentu ramai je yang terima undangan majlis perkahwinan kan? Sama la dengan Belalang pun. Ada la terima beberapa undangan, tapi hanya sempat penuhi satu undangan.

Sekarang ni punya style kenduri, selaik daripada lauk 4 jenis yang biasa kita makan seperti ayam, daging, gulai dan acar, tuan rumah biasanya akan sediakan menu sampingan. Menu sampingan ni yang biasa Belalang jumpa ialah laksa, kuih-muih dan sate.Itu memang menu yang paling selalu jumpa. Lain daripada tu ialah bubur. Tak kisah la bubur kacang ke ape.

Tempahan Barangan Perkahwinan Terkini Online!

Belalang juga pernah ke satu majlis kenduri yang menyediakan menu sampingannya ialah roti arab dan pak tongko. Pendek kata menu sampingan ni biasanya sama hot juga dengan lauk-pauk yang dihidangkan. Selain itu ia juga boleh menjadi pilihan kepada tetamu yang mungkin dah tak mampu nak menjamah nasi disebabkan menerima beberapa undangan dalam satu hari.

Pak Tongko. Gambar Carian Google

Tetapi dalam banyak-banyak kenduri yang Belalang pergi, kelmarin buat pertama kalinya Belalang melihat menu roti canai dihidangkan tuan rumah kepada tetamunya. Biasanya Belalang pernah juga melihat tuan rumah menghidangkan roti canai kepada tetamu tetapi bukannya di kenduri kahwin. Jadi macam janggal sikit bila tengok tetamu yang hadir sedang menikmati roti canai. Dah macam di kedai mamak pula. Hee…

Roti Canai. Gambar Carian Google

Walau bagaimanapun, buatlah bersedia untuk majlis kenduri berdasarkan bajet dan kemampuan kita. Jangan pula disebabkan terikut-ikut dengan orang, kita menghabiskan begitu banyak wang untuk majlis raja sehari tersebut. Kang lepas kahwin, kunyah biskut meri dengan megi lak pasangan pengantin. Hahaha…

Jadi macam mana pula dengan anda? Pernah tak bertemu dengan menu-menu masakan kenduri yang menarik atau unik? Kalau ada, mari kongsikan dengan pembaca-pembaca lain di bawah ini ;)

Terima kasih…

Incoming search terms:

  • hidangan pengantin terkini (24)
  • hidangan majlis perkahwinan (2)
  • menu sampingan kenduri kahwin (2)
  • makanan sampingan kenduri kahwin (2)
  • hidangan kenduri khwin (1)
  • pak tongko di hari kenduri penang (1)
  • menu sampingan kenduri kawin (1)
  • menu sampingan (1)
  • Menu masakan kawin (1)
  • menu kenduri kahwin (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins