Laporan Terhadap Individu Hina Agong dalam Facebook

Belalang sempat melihat gambar Yang di-Pertuan Agong yang telah diubahsuai kelmarin di sebuah group di Facebook. Kalau sebelum-sebelum ini pernah juag terlihat gambar sebegitu rupa tetapi ianya dilakukan oleh warga negara luar.

Agak mengecewakan apabila kali ini melihat rakyat negara ini sendiri juga sudah tidak pandai menghormati Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tindakan susulan memang sewajarnya diberikan kepada orang-orang sebegini supaya menjadi teladan kepada orang lain.

Baca petikan dibawah yang Belalang ambil dari akhbar Harian Metro.

—————————————————————————

Dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.

Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.

Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, semalam.

Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.

Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan Agong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.

“Sebelum ini, kita sudah menasihatkan dua individu berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.

“Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan,” katanya yang ditemui di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, semalam.

 

Incoming search terms:

  • hina agung dalam facebook (25)
  • hina agong (12)
  • gambar agong di facebook (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins