Kutipan KL Gangster 1.5j Dihari Pertama

Filem KL Gangster mencipta rekod baru dalam industri perfileman tempatan apabila mengaut kutipan tiket hari pertama paling tinggi berjumlah RM1.5 juta selepas ditayangkan di 81 buah pawagam seluruh negara mulai semalam.

Filem terbitan Skop Production itu yang menelan kos produksi dan promosi mencecah RM2.1 juta memadamkan rekod yang dipegang oleh filem Kongsi terbitan MIG Production yang mengutip sebanyak RM1,085,064 pada hari pertama tayangannya pada 12 Mei lalu.

Penerbit KL Gangster, Datuk Yusof Haslam berkata, dia terkejut apabila filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu mendapat sambutan di luar dugaan meskipun terpaksa bersaing dengan banyak filem asing seperti X-Men First Class dan Super 8 yang sedang ditayangkan di pawagam.

“Saya bersyukur kerana filem KL Gangster berjaya mencatat rekod baru kutipan tiket tertinggi filem Melayu pada hari pertama tayangannya,” katanya.

Filem ini ditayangkan di 81 pawagam yang tertakluk dengan Skim Wajib Tayang selama dua minggu.

“Malah, filem dalam genre aksi ini turut ditayangkan di 10 lagi pawagam bebas yang tidak terikat dengan skim yang dikuatkuasakan oleh Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Jika tidak, saya rasa kutipan tiket KL Gangster mampu mencecah RM1.8 juta.

“Pada masa sama, saya positif filem ini mampu menambah kutipan tiketnya. Bagaimanapun saya tidak mahu menyasarkan kutipannya, nanti orang kata saya riak pula. Biarlah Allah yang menentukannya,” katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia hari ini.

KL Gangster yang dilakonkan oleh pelakon popular tanah air seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak dan Sofi Jikan itu merupakan filem berkualiti tinggi di mana proses adunannya dilakukan di Studio Siam Lab, Bangkok, Thailand pada tahun lalu.

sekiranya ingin membaca sipnosis dan melihat trailer KL Gangster, sila klik sini.

 

Incoming search terms:

  • kl geter\ (5)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins