Dalam Bank Ada RM200j! | Ustaz Songlap Dicari

Wajah-wajah di atas ini adalah individu yang sedang dicari oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyelesaikan satu kes skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram semenjak tahun 2008 lagi.

Di bawah adalah petikan mengenai hal ini yang Belalang ambil dari akhbar Metro.

———————————————————————————–

Seorang ustaz yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.

Suspek, Harun Mat Saat, 45, yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, dua ahli lembaga pengarah syarikat terbabit ditahan dan sedang menjalani proses perbicaraan.

“Bagaimanapun, Harun dan dua lagi pengarah syarikat itu iaitu M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, melarikan diri dan gagal dikesan hingga kini.

“Siasatan mendapati akaun ketiga-tiga mereka memiliki wang tunai RM200 juta, menyebabkan akaun mereka kini dibekukan BNM,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Ibu Pejabat BNM.

————————————————————————————–

Sekiranya anda mempunyai apa-apa maklumat mengenai individu yang sedang dicari ini, harap segeralah menyalurkan maklumat. Bimbang akan ada lagi mangsa mereka selepas ini.

Incoming search terms:

  • dina group sdn bhd (32)
  • harun mat saat (14)
  • harun mat saad (11)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins