Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine Haram | Ubat Mengandungi Hormon Babi

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang mengandungi hormon babi untuk pesakit jantung adalah haram.

Setiausahanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha menegaskan, penggunaan kedua-dua jenis ubat itu ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam.

”Penggunaan ubat tersebut yang dianggap darurat kepada pesakit jantung bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta-merta ketika pesakit berada pada tahap kronik adalah ditegah.

”Ini kerana pada masa ini terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Othman mengulas tulisan Rozmal Malakan http://waghih.blogspot.com dalam ruangan forum pada 9 Mei lalu bahawa seorang doktor bukan Islam bertanya kepada bapanya yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tampin, sama ada sanggup menerima suntikan hormon babi atau tidak untuk merawat penyakit jantungnya.

Menurut doktor tersebut, hormon babi adalah yang terbaik untuk pesakit jantung kerana dapat mencairkan darah dengan segera.

Bagaimanapun, bapa pengadu memilih untuk tidak menerima saranan doktor tersebut walaupun dikatakan ada juga orang Islam menerima suntikan hormon babi untuk rawatan sakit jantung.

Jelas Othman, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke-87 yang bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009 telah membincangkan hukum penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine.

Anggota majlis, katanya, memutuskan Islam menegah penggunaan ubat daripada sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit.

Melainkan ia dalam keadaan tiada ubat daripada sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudaratan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat daripada sumber yang halal ditemui.

”Dalam hal ini, kita sudah ada ubat alternatif iaitu Arixtra. Justeru umat Islam mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat yang halal dan situasi di negara ini juga tidak darurat,” katanya.

Incoming search terms:

  • clexane ada babi (1)
  • fatwa agama on clexane (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins