Peribahasa Cinta Yang jarang Didengar

Gambar yang tiada kaitan dengan entry

Sape di sini yang sedang asyik bercinta angkat tangan? Huh? Ramai rupenye yang sedang bercinta nih. Belalang nak kongsi dengan korang beberapa peribahasa dalam bercinta yang BelalangĀ confirm korang tak pernah dengar. Belalang sendiri pun macam tak caye je ade peribahasa yang macam nih. Tapi itu la yang dikata bahasa melayu nih penuh dengan seninya…

-Bayang-bayang disangka tubuh (Dipermiankan perempuan, mengharapkan yang tidak pasti).


-Usahlah aku tak endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang (Pura-pura kasih).


-Hidung dicium, pipi digigit (Cinta palsu).


-Mabuk dienggang lalu (Orang tak sudi, kita yang hendak).


-Mengadu air dengan garam (Cinta yang sia-sia).


-Merak kayangan (Wanita cantik yang diidamkan tapi tidak mungkin dapat miliki).


-Putih mata kerana memandang (Hiba kerana rindu).


-Bagai menjaga permata intan ketika dicanai (Kasih sayang yang tiada bandingnya).


-Kasih sepantun tulisan pinggan (Kasih yang abadi).


-Badan dapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki (Kasih sayang tidak boleh dipaksa).

—————————————————–

**Keje umah tuk korang. Pas nih kalau hangin kat boyfriend/girlfriend, boleh la try-try apply beribahasa nih dalam rajuk korang. Sure ternganga sebesar-besar alam mulut boyfriend/girlfriend korang… Huhuhu

Incoming search terms:

  • peribahasa cinta melayu (266)
  • peribahasa cinta (135)
  • pepatah melayu tentang cinta (129)
  • peribahasa rindu (126)
  • peribahasa lawak cinta (72)
  • peribahasa tentang rindu (59)
  • peribahasa melayu tentang cinta (56)
  • pepatah cinta melayu (53)
  • pepatah cinta lawak (49)
  • Pepatah melayu cinta (43)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins
Close